Friday, June 7, 2019

Senok Bisnes : Gila.. tengok kesan penjenamaan kepada bisnes sambal akak ini.





Sifu Jamal dengan produk Mek Murnibiliscious di Jepun.


Banyak jer produk lokal yang berjaya tembusi pasaran luar negara, dibantu oleh rupa dan imej produk yang diterima umum. Bila imej/brand dah stabil dan dikenali setempat, boleh lah mula iklan sosial media dengan pergi coaching denga sifu2 yang femes2.



Kami nak cerita tentang produk mekmurnibiliscios , iaitu sambal bilis kering yang tengah panas-melecur dan meletop sekarang. Sampai di seluruh Malaysia produk mereka terjual, selalu kehabisan stok..Gambar produk beliau pun tersebar seluruh dunia ya.. bukan calang-calang produk anak jati Pantai Timur ini.

Produk se-gah namanya..straightforward terus!

Mekmurnibiliscios diusahakan di Jengka oleh kak Murni. Kami mengenali Kak Murni pada tahun lepas katanya beliau nak rebrand produk sambal mereka sempena raya rasanya,, Bermula dengan facebook cover, mek murni mula upgrade packaging sticker produknya kepada design yang lebih viral dan meletop tetapi simple. Beliau terima cadangan kami maka terhasilah design ini :

Facebook cover produk mekmurni pada permulaan, label baru belum digunakan

Orang kata, bila imej produk anda yakin.. anda boleh close deal dengan sesiapa saja tanpa rasa takut. Produksi mekmurnibiliscious terus meroket walaupun pasaran sambal garing agak padat dan sengit sebab semua orang dan mak serta nenek sedara mereka nak jual sambal kering..tapi Mek murni standout sebab produknya berkuali, dibantu oleh packagingnya yang tampak international.. Tahun lepas saja Mekmurni telah keluarkan dua lagi produk baru, dengan rupa yang sama.. untuk mengekalkan brandnya..dan ofc laku keras.
Tiga jenis produk mereka sekarang. Semuanya panas dan selalu sold out

Kualiti produk dan imej perlu seiring untuk jadikan produk anda viral, Kalau produk anda sedap tapi bungkus dalam surat khabar anda rasa ada orang siuman nak beli? Kalau produk anda lawa gila packaging macam jenama dekat kedai cold storage tapi dalam tu ada biskut hancur..anda rasa ada orang nak beli?

Kalau anda yakin denga produk anda..inilah masa untuk REBRANDING!

Apa itu REBRANDING

Rebranding atau penjenamaan adalah proses menaik taraf produk anda dari segi rupa, pemasaran dan juga aturan startegi, sambil mengekalkan komposisi produk anda. Perasan tak cosmetik founder biasanya melakukan rebranding produk mereka dalam 3-4 tahun sekali bagi membuat customer kembali excited terhadap produk mereka, sekali gus menaikkan sale.!.. Contohnya produk tati selalu jer tukar packaging,, bagi menarik pelanggan baru dan upgrade design. Cerdik kan mereka?

Namun aspek rebranding yang paling nyata dan senang dilihat adalah rebranding rupa fizikal produk anda. Rupa produk seperti kotak, sticker, label adalah rupa utama yang dilihat oleh pelanggan anda.. macam cinta pandang pertama.. jika persepsi pelanggan ada buruk, memang hauslah tak laku produk kau sis. Biar produk korang boleh menyebabkan korang tumbuh sayap sekali pun, kalau packaging macam pembalut surat khabar, memang sale akan hauk sehauknya.. walaupun buat fb ad bagai.

Rebranding bukan hanya untuk produk sahaja ya, Servis perumahan, pencucian tandas, rumah sewa even  goreng pisang cheese terjelir pon perlu rebranding untuk buat pelanggan anda excited..

Anda boleh jenama semula warna kedai anda, design plastic bag, signboard, facebook page, flyer dan lain-lain. Sebaiknya semuanya seragam..macam McDonald contohnya... disebabkan brandnya sangat gah, anda tengok iklan/flyer anda dah tahu itu adalah daripada McD..Tahap itu lah yang kita nak!


IMEJ

RUPA

ITU PENTING

Jika anda peniaga dan sale anda semakin sendu selepas raya ini.. Rebrandlah produk anda..tukar imej ..sebelum anda habiskan beribu-ribu untuk kelas coaching.. baik anda guna sekurang-kurangnya RM100 untuk upgrade design anda.

Bermulalah sekarang atau tenggelam dalam persaingan...

Penulis,
AC
8/6/2019

No comments:

Post a Comment