Sunday, June 9, 2019

Senok Otak : Fakta wajib tahu sebelum kahwin dengan laki kelate!!


Dari minggu lepas saya duk puji melambung lambung usahawan wanita kelantan jer.. memang tak adil kan..mesti ramai merajuk..haha. tapi takpa harini turn korang wahai jate kelate.  Kalau bukan saya sebagai jate kelate nak menulis pasal lelaki, siapa lagikan? Cuma aku risau, tulis banyak sangat pasal lelaki, nanti keno cop ummah lemari kunyit pulak.

Izzue Islam : Artis keturunan Kelantan yang paling terkenal buat masa ini.


Tidak dinafikan lelaki setiap negeri agak unik dan ada sesetengah tu amat senang dikenali melalui perbuatan dan percakapan. Ada buruk ada yang baik, standard lah manusia kan kita kena menerima dengan hati yang terbuka..manusia tidak sempurna.

Fizo Omar : Personaliti Tv dan artis berasal daripada Kelantan.


Untuk gadis/wanita di luar sana mesti ramai cari meleleh dengan rupa paras sesetengah jate kelate sebab mereka ada satu air muka/paras muka yang tertentu..artis Malaysia Izzue Islam, Fizo Omar, Danny X-Factor  adalah antara artis yang mempunyai air muka lelaki kelantan yang komesial...tapi itu paras rupa..bila dah tua rupa dah takda dah..terpaksa korang berdepan dengan perangai mereka pula. Dah nak kahwin sangat dengan jate kelate.



Fakta-fakta di bawah ini adalah pemerhatian saya saja, sepanjang menjadi orang kelantan, dan tinggal di kelate daripada kecik sampai besar. Jangan mudah terasa deh.. manusia tidak perfect.

Sangat supportive jika isteri nak berniaga

Seperti yang anda tahu mek kelate sangat suka berniaga dan semua benda atas muka ni diorang boleh jadikan bisnes... memang hardworking ..tapi dibelakang mereka biasanya ada suami yang rela menjadi partner, supporter, driver, bodyguard, akauntan dan semua posisi sokongan kepada isteri. Lelaki kelate biasa tidak merungut jika isteri mereka mempunyai pendapatan lebih daripada mereka kerana masing-masing faham tanggungjawab dalam keluarga/bisnes. Tengok sahaja kosmetik founder kelate , majoriti ada suami disisi sebagai pendorong..itulah orang panggil co-working.

Makan minum politik yang Unik
Ahli Pas sewaktu majlis mereka. Sangat seragam dan disiplin.


Dunia politik di Kelantan ni agak unik dan lucu kadang-kadang. Pelik tapi unik. Tambah unik dengan diwarnai dengan lelaki-lelaki kat kelantan ni yang sememangnya agak 'patriotik' sikit bab-bab politik. Kalau masuk bulan mengundi, macam-macam ragam boleh dilihat. Lelaki kelantan boleh jadi sangat taksub dengan parti politik. Yang menjadi uniknya, walaupun dengan pemahaman politik berbeza, lelaki2 kat sini masih boleh bertempuk bahu dengan sesama yang lain..Dan bila undi dah habis boleh saja duduk semeja mengumpat ahli politik masing-masing..haha.

Agak Panas Baran

Kami mudah sentap..tapi pada sebab yang munasabah!

Saya tidak  nafi memang lelaki kat Kelantan ni kebanyakannya agak panas baran, terutama dalam hal politik dan maruah keluarga... Saya sendiri pon boleh tahan jugak. Tapi panas baran kitorang ni bertempat la, takdelah main pakat tiba2 sentap dan marah kat orang...itu orang panggil gila isem....kalau orang baik dengan kita, sebaik mungkin kita layan macam kawan lama. Cuma bila orang dah 'bbakar' kite, memang sekelip mata mood boleh berubah daripada kucing kepada godzilla.
Sikap panas baran ni memang obvious bila time bersukan..biasalah semua orang emo atas padang..tapi kami lebih sikit.. Haha, ada je provokasi, memang boleh jadi panas. Boleh bayangkan tak, dah la pasukan kalah, pasukan lawan boleh perli + sindir pulak, memang sengaja cari bala lah kan? Macam ni salahkah kami? Hehhh sajo jah nok suh aku marohhh!


Majoriti ada ilmu agama tambahan

Mode alim (ini gambar hiasan, Abe Aaron Aziz buke ore kelate deh)


Memiliki pengetahuan agama dengan mempraktikkannya 2 perkara berbeza ok. Kat sini saya hanya hightlight pengetahuan agama je. Benda ni memang betul, kalau korang ada kawan orang Kelantan, memang dieorang tu lebih tahu bab-bab agama berbanding negeri lain. kebanyakkannya lah. Mungkin didorong kat sini banyak ceramah-ceramah agama dan mereka dibesarkan dengan kelas agama di kiri-kanan. Setiap jumaat meriah je kat Kota Bharu tu dengan ceramah dari pelbagai ustaz. Kadang2 tok guru pon turun padang

Tapi dalam segi praktikkan agama tu saya rasa boleh dibaiki lagi.. Jangan hanya quote hadis bila nak kahwin lebih jer ya?

Pandai baca Quran

Satu lagi kan, nak cari orang Kelantan yang tak tahu baca quran bila dah besar ni sangat jarang. Ni pengalaman sendirilah, kebanyakan kawan saya yang gagap/tak fluent/tak reti baca quran nak cari yang sama negeri ni boleh kata takde. Sebab kalau tak pandai baca quran di kelantan agak memalukan to be honest..sebab kelas Al Quran ada di mana2 sepanjang kami membesar.. kalau tidak pandai2 lagi memang ada something dengan otak.. haha. jangan marah iya.


Mulut manis

Fatih imamoglu a.k.a mat daud, Lelaki Turki yang fasih berbahasa kelantan dan bermulut manis...pasti ramai yang cairr.

Lelaki kelantan memang suka menyakat dan bergurau senda..ini memang tidak dinafikan..terutama di kedai kopi. walaupon anda tidak kenal siapa-siapa, pasti akan ada pakcik berkopiah tegur tanya anak sapa la, dari mana la.. memang tidak kering gusi nak menjawab..Lagi2 kalau anda gadis anak dara... bersedia lah dengan soalan2 cepu mas...yang penting.. senyum dan layan saja.. memang budaya Kelantan suka bermulut manis sesama sekeliling.. trait ini lah yang digunakan orang kelantan sebagai peniaga.. dan sangat berkesan!

Penulis,
Izzy M

Sila like Facebook Senok perut : KLIK LINK INI

 Tidak dibenarkan post di mana-mana tanpa persetujuan penulis. Terutama untuk tujuan monetize (mendapatkan duit), 

No comments:

Post a Comment