Wednesday, June 12, 2019

Artis Kelate : Neelofa tambil gempar dengan posing meniarap dengan wajah ngeri.



Artis terkenal tanah air Neelofa mengejutkan Malaysia dengan gambarnya dalam Majalah Eh untuk keluaran JUN 2019.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa binti Mohd Nor, tampil dengan baju hitam ala gothic muslimah, bermekap serba hitam ngeri,  berposing meniarap dengan wajah bengis yang sangat menjadi.rata-rata pembaca terkejut dengan posing terbaru artis paling terkenal dari Kelantan ini.
Sumber Lofa.world


Neelofa sememangnya antara pelakon wanita paling terhandal di Tanah Air kita, berjaya menunjukkan aura High Fashion dalam photoshoot tersebut, namun masih menunjukkan element Islamiyyah dan Muslimah dengan jayanya...Pasti korang masih ingat lakonan beliyau dalam Filem Azura sudah setaraf dengan seniwati2 tanah air yang lain. Admin masih rasa seriau.




Bagai  mana pun...

Apa pendapat anda dengan style terbaru tokoh artis muslimah kita? Adakan anda rasa ianya  segar ataupun terlalu ganas untuk artis bertudung ayu ini? Adakah ianya mengusik imej perempuan islam atau sekadar fesyen? Adakah terdapata maksud lain di sebalik posing dan style ini?
Neelofa antara Artis yang sangat mendalami Ilmu agama dengan Istiqamah.



Penulis,
Cik Pah

Sunday, June 9, 2019

Senok Otak : Fakta wajib tahu sebelum kahwin dengan laki kelate!!


Dari minggu lepas saya duk puji melambung lambung usahawan wanita kelantan jer.. memang tak adil kan..mesti ramai merajuk..haha. tapi takpa harini turn korang wahai jate kelate.  Kalau bukan saya sebagai jate kelate nak menulis pasal lelaki, siapa lagikan? Cuma aku risau, tulis banyak sangat pasal lelaki, nanti keno cop ummah lemari kunyit pulak.

Izzue Islam : Artis keturunan Kelantan yang paling terkenal buat masa ini.


Tidak dinafikan lelaki setiap negeri agak unik dan ada sesetengah tu amat senang dikenali melalui perbuatan dan percakapan. Ada buruk ada yang baik, standard lah manusia kan kita kena menerima dengan hati yang terbuka..manusia tidak sempurna.

Fizo Omar : Personaliti Tv dan artis berasal daripada Kelantan.


Untuk gadis/wanita di luar sana mesti ramai cari meleleh dengan rupa paras sesetengah jate kelate sebab mereka ada satu air muka/paras muka yang tertentu..artis Malaysia Izzue Islam, Fizo Omar, Danny X-Factor  adalah antara artis yang mempunyai air muka lelaki kelantan yang komesial...tapi itu paras rupa..bila dah tua rupa dah takda dah..terpaksa korang berdepan dengan perangai mereka pula. Dah nak kahwin sangat dengan jate kelate.



Fakta-fakta di bawah ini adalah pemerhatian saya saja, sepanjang menjadi orang kelantan, dan tinggal di kelate daripada kecik sampai besar. Jangan mudah terasa deh.. manusia tidak perfect.

Sangat supportive jika isteri nak berniaga

Seperti yang anda tahu mek kelate sangat suka berniaga dan semua benda atas muka ni diorang boleh jadikan bisnes... memang hardworking ..tapi dibelakang mereka biasanya ada suami yang rela menjadi partner, supporter, driver, bodyguard, akauntan dan semua posisi sokongan kepada isteri. Lelaki kelate biasa tidak merungut jika isteri mereka mempunyai pendapatan lebih daripada mereka kerana masing-masing faham tanggungjawab dalam keluarga/bisnes. Tengok sahaja kosmetik founder kelate , majoriti ada suami disisi sebagai pendorong..itulah orang panggil co-working.

Makan minum politik yang Unik
Ahli Pas sewaktu majlis mereka. Sangat seragam dan disiplin.


Dunia politik di Kelantan ni agak unik dan lucu kadang-kadang. Pelik tapi unik. Tambah unik dengan diwarnai dengan lelaki-lelaki kat kelantan ni yang sememangnya agak 'patriotik' sikit bab-bab politik. Kalau masuk bulan mengundi, macam-macam ragam boleh dilihat. Lelaki kelantan boleh jadi sangat taksub dengan parti politik. Yang menjadi uniknya, walaupun dengan pemahaman politik berbeza, lelaki2 kat sini masih boleh bertempuk bahu dengan sesama yang lain..Dan bila undi dah habis boleh saja duduk semeja mengumpat ahli politik masing-masing..haha.

Agak Panas Baran

Kami mudah sentap..tapi pada sebab yang munasabah!

Saya tidak  nafi memang lelaki kat Kelantan ni kebanyakannya agak panas baran, terutama dalam hal politik dan maruah keluarga... Saya sendiri pon boleh tahan jugak. Tapi panas baran kitorang ni bertempat la, takdelah main pakat tiba2 sentap dan marah kat orang...itu orang panggil gila isem....kalau orang baik dengan kita, sebaik mungkin kita layan macam kawan lama. Cuma bila orang dah 'bbakar' kite, memang sekelip mata mood boleh berubah daripada kucing kepada godzilla.
Sikap panas baran ni memang obvious bila time bersukan..biasalah semua orang emo atas padang..tapi kami lebih sikit.. Haha, ada je provokasi, memang boleh jadi panas. Boleh bayangkan tak, dah la pasukan kalah, pasukan lawan boleh perli + sindir pulak, memang sengaja cari bala lah kan? Macam ni salahkah kami? Hehhh sajo jah nok suh aku marohhh!


Majoriti ada ilmu agama tambahan

Mode alim (ini gambar hiasan, Abe Aaron Aziz buke ore kelate deh)


Memiliki pengetahuan agama dengan mempraktikkannya 2 perkara berbeza ok. Kat sini saya hanya hightlight pengetahuan agama je. Benda ni memang betul, kalau korang ada kawan orang Kelantan, memang dieorang tu lebih tahu bab-bab agama berbanding negeri lain. kebanyakkannya lah. Mungkin didorong kat sini banyak ceramah-ceramah agama dan mereka dibesarkan dengan kelas agama di kiri-kanan. Setiap jumaat meriah je kat Kota Bharu tu dengan ceramah dari pelbagai ustaz. Kadang2 tok guru pon turun padang

Tapi dalam segi praktikkan agama tu saya rasa boleh dibaiki lagi.. Jangan hanya quote hadis bila nak kahwin lebih jer ya?

Pandai baca Quran

Satu lagi kan, nak cari orang Kelantan yang tak tahu baca quran bila dah besar ni sangat jarang. Ni pengalaman sendirilah, kebanyakan kawan saya yang gagap/tak fluent/tak reti baca quran nak cari yang sama negeri ni boleh kata takde. Sebab kalau tak pandai baca quran di kelantan agak memalukan to be honest..sebab kelas Al Quran ada di mana2 sepanjang kami membesar.. kalau tidak pandai2 lagi memang ada something dengan otak.. haha. jangan marah iya.


Mulut manis

Fatih imamoglu a.k.a mat daud, Lelaki Turki yang fasih berbahasa kelantan dan bermulut manis...pasti ramai yang cairr.

Lelaki kelantan memang suka menyakat dan bergurau senda..ini memang tidak dinafikan..terutama di kedai kopi. walaupon anda tidak kenal siapa-siapa, pasti akan ada pakcik berkopiah tegur tanya anak sapa la, dari mana la.. memang tidak kering gusi nak menjawab..Lagi2 kalau anda gadis anak dara... bersedia lah dengan soalan2 cepu mas...yang penting.. senyum dan layan saja.. memang budaya Kelantan suka bermulut manis sesama sekeliling.. trait ini lah yang digunakan orang kelantan sebagai peniaga.. dan sangat berkesan!

Penulis,
Izzy M

Sila like Facebook Senok perut : KLIK LINK INI

 Tidak dibenarkan post di mana-mana tanpa persetujuan penulis. Terutama untuk tujuan monetize (mendapatkan duit), 

Saturday, June 8, 2019

Khas untuk peniaga online : Jom buat POSTER iklan anda serendah RM38!!







Anda peniaga online? susah nak jual produk/close deal ? 

Mengikut kajian, gambar poster promosi menyumbang kepada 80% sale sesuatu perniagaan. Jika anda tiada poster iklan atau poster iklan anda buruk, bayangkan berapa banyak peluang anda terlepas? Bayangkan apa pandangan customer jika anda tiada poster promosi lansung??

Jangan bimbang sis..dan tuan!

Kami di Senok Perut nak rekomen satu servis grafik design yang amat hot sekarang untuk apa-apa bisnes pon. : Iaitu servis poster bajet daripada Aubeena Creative

Mesti ada yang kata..alah bajet2 pon harga mesti dekat RM100..SALAH

Pakej ini bermula daripada RM45 per poster, jika anda order banyak akan jadi semurah RM38!!!


Gila kan RM38 untuk poster secantik di bawah ini, gambar model berlesen bagai!









Tak percaya? Boleh baca testimony di bawah atau terus ke page Aubeena Creative untuk servis-servis yang lain.


Harga yang tersangat murah dan hasil yang sangat berkualiti. Akan datang masih dan akan menggunakan perkhidmatan dari Aubeena Creative. Sejak gambar cantik total sales meningkat serta merta. Terima kasih Aubeena Creative. -

Rohayati Romli 
Founder Junir HomeSchooling

the best designer ever!
mudah baso dooh!
murah!
skmo bagi free poster!
cepat tapi berkualiti!

Sapo hak berurusan ngan team aubeena mmg xnyesal dgn result dio!
Very very very recomended!
TQ AUBEENA CREATIVE😍
Azieda Aminuddin 
Founder Glowydya Beauty
.
..
Berminat dengan pakej poster bajet daripada Aubeena Creative?


Friday, June 7, 2019

Senok Bisnes : Gila.. tengok kesan penjenamaan kepada bisnes sambal akak ini.





Sifu Jamal dengan produk Mek Murnibiliscious di Jepun.


Banyak jer produk lokal yang berjaya tembusi pasaran luar negara, dibantu oleh rupa dan imej produk yang diterima umum. Bila imej/brand dah stabil dan dikenali setempat, boleh lah mula iklan sosial media dengan pergi coaching denga sifu2 yang femes2.



Kami nak cerita tentang produk mekmurnibiliscios , iaitu sambal bilis kering yang tengah panas-melecur dan meletop sekarang. Sampai di seluruh Malaysia produk mereka terjual, selalu kehabisan stok..Gambar produk beliau pun tersebar seluruh dunia ya.. bukan calang-calang produk anak jati Pantai Timur ini.

Produk se-gah namanya..straightforward terus!

Mekmurnibiliscios diusahakan di Jengka oleh kak Murni. Kami mengenali Kak Murni pada tahun lepas katanya beliau nak rebrand produk sambal mereka sempena raya rasanya,, Bermula dengan facebook cover, mek murni mula upgrade packaging sticker produknya kepada design yang lebih viral dan meletop tetapi simple. Beliau terima cadangan kami maka terhasilah design ini :

Facebook cover produk mekmurni pada permulaan, label baru belum digunakan

Orang kata, bila imej produk anda yakin.. anda boleh close deal dengan sesiapa saja tanpa rasa takut. Produksi mekmurnibiliscious terus meroket walaupun pasaran sambal garing agak padat dan sengit sebab semua orang dan mak serta nenek sedara mereka nak jual sambal kering..tapi Mek murni standout sebab produknya berkuali, dibantu oleh packagingnya yang tampak international.. Tahun lepas saja Mekmurni telah keluarkan dua lagi produk baru, dengan rupa yang sama.. untuk mengekalkan brandnya..dan ofc laku keras.
Tiga jenis produk mereka sekarang. Semuanya panas dan selalu sold out

Kualiti produk dan imej perlu seiring untuk jadikan produk anda viral, Kalau produk anda sedap tapi bungkus dalam surat khabar anda rasa ada orang siuman nak beli? Kalau produk anda lawa gila packaging macam jenama dekat kedai cold storage tapi dalam tu ada biskut hancur..anda rasa ada orang nak beli?

Kalau anda yakin denga produk anda..inilah masa untuk REBRANDING!

Apa itu REBRANDING

Rebranding atau penjenamaan adalah proses menaik taraf produk anda dari segi rupa, pemasaran dan juga aturan startegi, sambil mengekalkan komposisi produk anda. Perasan tak cosmetik founder biasanya melakukan rebranding produk mereka dalam 3-4 tahun sekali bagi membuat customer kembali excited terhadap produk mereka, sekali gus menaikkan sale.!.. Contohnya produk tati selalu jer tukar packaging,, bagi menarik pelanggan baru dan upgrade design. Cerdik kan mereka?

Namun aspek rebranding yang paling nyata dan senang dilihat adalah rebranding rupa fizikal produk anda. Rupa produk seperti kotak, sticker, label adalah rupa utama yang dilihat oleh pelanggan anda.. macam cinta pandang pertama.. jika persepsi pelanggan ada buruk, memang hauslah tak laku produk kau sis. Biar produk korang boleh menyebabkan korang tumbuh sayap sekali pun, kalau packaging macam pembalut surat khabar, memang sale akan hauk sehauknya.. walaupun buat fb ad bagai.

Rebranding bukan hanya untuk produk sahaja ya, Servis perumahan, pencucian tandas, rumah sewa even  goreng pisang cheese terjelir pon perlu rebranding untuk buat pelanggan anda excited..

Anda boleh jenama semula warna kedai anda, design plastic bag, signboard, facebook page, flyer dan lain-lain. Sebaiknya semuanya seragam..macam McDonald contohnya... disebabkan brandnya sangat gah, anda tengok iklan/flyer anda dah tahu itu adalah daripada McD..Tahap itu lah yang kita nak!


IMEJ

RUPA

ITU PENTING

Jika anda peniaga dan sale anda semakin sendu selepas raya ini.. Rebrandlah produk anda..tukar imej ..sebelum anda habiskan beribu-ribu untuk kelas coaching.. baik anda guna sekurang-kurangnya RM100 untuk upgrade design anda.

Bermulalah sekarang atau tenggelam dalam persaingan...

Penulis,
AC
8/6/2019

Senok Otak : Sebab mengejutkan 50% kosmetik founder adalah wanita kelantan.


Syma Eima bersama adik beradik dan kawannya, semua adalah founder kepada produk masing-masing.

Perasan tak di Malaysia sejak setahun dua ini, muncul ramai founder kosmetik dengan produk mereka yang bermacam-macam warna dan jenis?

Perasan tak semakin ramai wanita muda dengan kekayaan dan status jutawan sebelum umur 30?

Dato' Shamimi , pengasas BVRC, juga daripada Kelantan

Yes majoriti daripada mereka adalah kosmetik founder. Founder kosmetik berjaya di tanah air contohnya , Arwah Faziani Rohban (D'nars Skincare), Syma Eima (syma beauty), Dato' Seri Vida (qu Puteh), Ika Ekora (Ekora Beauty), Shaa Hassan (Syaalcious Beauty), WN Syuhada (Sobella) dan ramai lagi antara jelitawan yang berjaya dengan empayar kosmetik masing-masing.


Dato' Seri Vida dengan Ferarri Pinknya, juga wanita Kelantan

Disebalik kereta mewah (bukan honda cabuk, tapi audi/lamboghini/ferrari okkay!) , beg tangan birkin/chanel , rumah persis istana yang bernilai jutaan ringgit., pasti ramai bertanya siapakan mereka dan apakah persamaan mereka? Pastinya ramai berkata mereka adalah wanita yang waja, yang tidak tahu erti penat lelah. Ada juga yang berkata mereka pandai merebut peluang yang ada. Semua di atas adalah betul tapi yang paling utama, majoriti daripada mereka adalah WANITA KELANTAN.

Kenapa wanita Kelantan? bukan wanita Perlis? wanita Sarawak? Maksud saya wanita negeri lain pun ramai yang berjaya sebagai cosmetic founder tetapi kebanyakan mereka adalah mek kelate hok kecek kelate..ini realiti 

Ini antara sebab utamanya: 

1. Berniaga ada sinonim dengan wanita di Kelantan

Bazar siti Khadijah, dipenuhi hampir keseluruhan adalah peniaga wanita.


Berniaga dimonopoli hampir melebih 70% oleh kaum wanita di Kelantan. Jika anda pernah bertandang ke negeri serambi mekah ini, pastinya anda terbiasa dengan keadaaan dimana setiap pelusuk negeri dipernuhi peniaga wanita..jika anda pergi ke Pasar Siti Khadijah.. memang hampir 90% adalah wanita..wanita waja yang gigih menjadi tunggak rezeki keluarga.. Memang daripada kecil majoriti mereka yang tidak berkerja makan gaji, akan melatih anak-anak mereka berniaga..bermula daripada gula-gula di sekolah, tudung di universiti, sehingga full-blown product bila dah stabil.

2. Petah berbicara dan bermulut manis.

Neelofa, Gadis daripada Pasir Putih, dengan status jutawan. Kerjaya utama adalah pengacara dan usahawan,

Wanita Kelantan memang terkenal dengan mulut manis dan sifat peramah, terutama sesama kelate. Perangai peramah ini amat membantu mereka meluaskan empayar perniagaan masing-masing, tertama semasa close-sale dan promosi produk masing-masing. Bagi yang tidak biasa, anda boleh cuba makan di Kedai Tomyam, pasti anda akan perasan akan ada Akak Kelate yang jangok ( melaram) dengan loghat kelatenya yang pekat..dan paling penting friendly.

3. Rupa paras menawan dan kulit putih melepak.

Syma Eima, antara Jelitawan kosmetik yang paling terkenal di negara ini, juga daripada Kelantan.


Mempunyai rupa paras yang cantik, eksotik dan putih melepak adalah tiket emas kepada founder ini untuk mengembangkan empayar bisnes mereka..Wanita kelatantan khususnya kawasan Pasir Mas terkenal dengan gadis-gadis kacukan Pakistan. Contohnya Neelofa yang nyata sekali jelita dan berjaya dalam bidang perniagaan.. Di kawasan rantau panjang pula, keturunan siam  menjadikan wanita di sana mempunyai kulit putih pinkish, kulit yang paling digilai wanita asia seluruh dunia..Aset berharga ini menjadikan pelanggan mereka lebih yakin dengan founder , disamping keberkesanan produk itu sendiri. 

4. Backup sesama kawan. Tolong sesama mereka

Orang kelantan sebagai umumnya agak suka membantu sesama mereka.. Konsep  'sep kito jange pecoh!'  ini juga tidak asing juga dalam dunia kosmetik. Para founder kosmetik ini sama-sama mempromosi produk masing-masing sambil berkolaborasi untuk majlis tertentu.Inilah yang menjadikan mereka teguh walaupon diasak oleh pelbagai masalah.

Oleh itu berbanggalah dengan wanita negeri mu wahai rakyat kelantan. Sesungguhnya WANITA KELANTAN SANGAT ISTIMEWA.. dan rare!

Penulis,
Izzy. M
7/6/2019



Thursday, June 6, 2019

Senok Otak : Ini rupanya rahsia video siam cepat sangat viral !

"' Lawaknya video diorang sampai senok perut akak tengok tiap2 kali diorang upload.. tak sabar ya sebab lawak diorang sangat fresh
- Noralina (FB)

Inilah antara komen-komen di page facebook senok perut tiap-tiap kali kami share video viral daripada selatan thailan.

Abdulhakim yang selalu berlakon sebagai gadis kampung yang berperangai buruk

Sejak dua menjak semakin banyak video viral yang dihasilkan daripada content creator (pembuat video) daripada selatan thailand keluar dekat newsfeed dan suggestion fb video anda. Apa yang best sangat dengan diorang ni??

Video seperti nadia haha (abdulhakim kasing ), Pok Jo dan yaya daripada Narathiwat semakin digemari rakyat negara ini, khususnya rakyat kelantan atau sesiapa yang memahami dialek kelantan.

Pokjo memang suka berlakon sebagai makcik tua yang teraniaya.

Apa yang special sangat dengan konten video diorang berbanding video maker lokal? Kenapa video mereka di-share sampai beratus-ratus kali selepas 10 menit di upload?

Ikuti pembongkarang Senok Perut terhadap trend terbaru ini.

Jom!

1) Lawak ekstrem dan atas sempadan normal/agama.

Abdul hakim dengan video kontroversinya yang telah viral disebabkan ramai kaum wanita terasa sengan gaya sempoi beliau melahirkan anak.

Perasan tak lawak-lawak yang dihasilkan oleh content creator selatan thailand sangat dramatik dan extreme pembawakannnya..kadang-kadang iklan dan drama dalam satu video tiada kaitan lansung tetapi ummah masih suka dan share. ,Kenapa? sebab ianya luar jangkaan dan manusia suka element suspen..video viral di malaysia biasanya stok-stok cinta sendu meleleh dan boleh dijangka ending..di siam tidak begitu. Mereka akan pastikan anda tidak boleh jangkaa next scene apa yang akan jadi.. Lawak yang dihasilkan juga lebih extreme kerana toleransi agama di sana sangat tinggi dan ummah disana tidak senang melatah dan terasa hati dengan lawak-lawak ini...di kelantan khususnya lawak extreme siam mula diterima namun bila video ini viral ke luar kelantan, majoriti penonton luar kelantan masih merasakan video2 mereka agak offensive. tengok komen2 tersebut

Antara komen- komen daripada video viral nadia beranak pada umur 47, daripada abdul hakim.




2) Pelakon yang sangat versatile dan tidak kontrol macho

Pelakon-pelolakon mereka muka marhaen/rakyat jer tapj cara berlakon dan penghayatan .pergghh..Kami suka pokjo dalam video nadia haha, kalau beliau berlakon jd wanita tua memang menjadi..memang tiada malu2 dah. Video lawak di Malaysia ada juga pelakon yang baik tetapi majoriti hanya tampak lucu kerana lawak spastik/low efford seperti jatuh, memek muka bodoh..tiada sangat ayat makan dalam di dalam video lawak viral tanah air.


3) Setting di perkampungan dan dekat dengan penonton


Kebanyakan video lawak viral thailand menggunakan sepenuhnya setting perkampungan dan traditional mereka . Elemen budaya dan sentimental value akan menjadikan penonton mereke lebih dekat kerana mereka boleh relate dengan setting tersebut.. Setting seperti bendang, pondok kecil tepi rumah, bawah pokok jambu serta kebun getah selalu digunakan oleh video viral siam...sementara video viral malaysia  majoriti berlatarkan bandar dan taman.. 


4) Berkonsep tri bahasa (tiga bahasa)

Video viral siam narathiwat biasanya menggunaka dielek kelantan siam yang masih boleh difahami oleh seleruh rakyat kelantan/terengganu dan sesetengah rakyat malaysia...Penggunaan bahasa yang agak universal untuk kawasan tersebut menjadikan video2 ini tersebar dengan lebih cepat..Asimilasi bahasa turut berlaku apabila setiap kawasan ini mula mempelajari bahasa masing-masing dan digunakan dalam kehidupan seharian.

Kesimpulannya, video viral ini adalah medium yang powerful untuk sebarkanm idologi, fahaman mahupun marketing produk, Ini kerana majoriti masyarakat kita sangat sukakan lawak-lawak low effort. Namun jika video2 viral di tanah air kita lebih menitikberatkan untuk menyelit unsur-unsur budaya dan bahasa, insyallah ramai anak muda akan kembali berminat dengan budaya setempat.. seperti yang di lakukan video-video viral daripada selatan siam.

Penulis,

Izzy

Wednesday, June 5, 2019

Ganah Giler : Belut neraka ini boleh gigit tangan anda sampai putus walaupon dah terpisah daripada badan.




Belut sebesar anak kambing 

Viral di reddit tentang belut serigala atau wolf eel yang dikatakan mampu menggigit dan menyengat walaupon kepada sudah terpenggal.

Wolf eel ataupon nama saintifik dia Anarrhichthys ocellatus boleh dijumpai di utara lautan pasifik dan saiz dia boleh tahan besar. Memang kalau kena gigit akan merana seumur hidup. Bukan sahaja gigi tajam nak mati tapi beracun pula..

Tersebar tentang video kepala wolf eel yang telah terpenggal daripada badan tetapi mampu menggigit tin coca cola sehingga kemek dan terkoyak . 



Video daripada Chicago Blackout ini menunjukkan ikan yang baru sahaja kena penggal itu menggigit tin coca cola sehingga koyak dan keme hanya dengan satu gigitan sahaja.. 


Hi nok saing bulih ( Hai nak berkawan boleh?)

bayangkan kalau binatang ni ada dekat sungai di negara kita..memang putus la punai korang..

Artikel ditulis oleh,
Cik Pah