Saturday, June 1, 2019

Viral Loni : Kes baju lengan panjang, rezeki setelah gambar viral. Siapa jangka yang tolong mereka ini.

Sedih adik dengan bajunya yang boleh digunakan untuk melibas orang di pagi raya.



Gempar di facebook minggu lepas berkenaan baju raya adik kecil ini yang ditempah dengan tailor hadalan, tetapi hasilnya sangat hausss. Merana habis satu keluarga kena dengan tailor handalan ini.

Baju kurung kedah adik ini ini nyata sekali mempunyai lengan terlebih panjang untuk tangannya, lalu kawan kepada ibu adik ini, bernama Is Husna memuat naik di komentar posting Beautifulnara. com. dan terus gambar ini viral.

Baju sedondon adik dan ibunya, namum panjang lengan baju adik ini sama panjang dengan lengan ibunya.

Dikatakan tailor yang disyorkan kepada ibu adik ini sangat terkenal namun bila diminta refund beliau tidak layan... dan terus tidak diendahkan.

Menurut Is Husna, baju kurta ayah kepada adik juga ditempah dengan tailor handalan ini, dan juga tidak boleh dibutangkan sampai habis.. .kami rasa sebab cutting lari sangat kot.. Tailor berkenaan dikatakan telah 'block' ibu dan ayah adik ini bagi mengelak untuk memberikan ganti rugi.

Murung satu keluarga kena dengan tailor handalan ini, katanya seorang lelaki yang bernama S***** D****.

Refund yang diterima hanyalah RM100, walaupon kos semuanya RM300. Sah2 kak itu tak halalkan.


Namun alhamdulillah!!

Baju2 mereka sempat dialter oleh tukang jahit yang bernama Norsalihah Zaini, yang dikenali melaui facebook sahaja setelah gambar adik ini viral. Kak Salihah adalah tailor terkenal ya di Pulau Pinang yang bertugas sebagai tukang jahit uniform APM Penang bukan calang2 ya..

ini rupa baju adik setelah di alter :

baru nampak sesuai untuk manusia kan?

Kepada tukang jahit semua, ikhlaslah dalam mengambil tempahan, jika anda tidak mampu maka tolaklah job tersebut. Yang menjadi mangsa adalah anak kecil yang tidak pasal-pasal menjadi penari opera di pagi raya.

sumber : https://web.facebook.com/adinda.amierul

Penulis,
Cik Pah



1 comment:

  1. Disaat² nak raya mcm ni biasalah kalau berlaku beberapa kesilapan tailor sbb mengejar masa. Semua cust nak kan baju raya mereka siap. wajib siap. waktu begini banyak juga cust yg dah x pedulikan tailor itu siapa. orang ke robot x penting. yg penting baju raya mesti siap. kalau x siap. siap lah kau tailor. Tailor ni besekang mata nak siapkan baju baju raya cust. dlm kepla depa nak siapkan. so perkara tersilap biasa berlaku. bincanglah baik². InshaAllah tailor akan bertimbang rase. yg banyaknya cust yg x nak betimbang rase. marah², mengamok, ada yg maki hamun lps tu viralkan kat media. so...ko rase? tailor pon manusia yg punya perasaan malu dan kesal. Makanya tailor dpd berlembut akn jd kasar ditambah dgn keletihan x cukup tidur .Maka sama²lah kita bermuhasabah. raya x merajuk sbb x de baju raya yg baru. Wallahua'lam.

    ReplyDelete